Ianya merupakan suatu detik yang mengerikan buat Nur Suhada Zainal, seorang pegawai Lans Koperal degan Polis Diraja Malaysia (PDRM), atlet Natura dan juga atlet nasional bawah Kaunsel Sukan Malaysia.

Suhada telah menjalani latihan yang keras untuk acara pertandingan berbasikal ‘Women World Tour Choming Island’ di China – satu acara lumba berbasikal yang beliau sertai bersama kawan rapatnya Jupha Somnet yang juga merupakan seorang atlet berbasikal wanita negara sebagai persiapan untuk SEA Games 2017 di Kuala Lumpur.

Dengan berbaki dua bulan sahaja sebelum mewakili negara dalam SEA Games 2017 – Suhada terlibat dalam suatu kemalangan yang telah menyebabkan dua tulang di rahang beliau patah dan satu tulang di dagunya.

01

02

Ianya merupakan suatu detik yang mengerikan buat Nur Suhada Zainal, seorang pegawai Lans Koperal degan Polis Diraja Malaysia (PDRM), atlet Natura dan juga atlet nasional bawah Kaunsel Sukan Malaysia.

Suhada telah menjalani latihan yang keras untuk acara pertandingan berbasikal ‘Women World Tour Choming Island’ di China – satu acara lumba berbasikal yang beliau sertai bersama kawan rapatnya Jupha Somnet yang juga merupakan seorang atlet berbasikal wanita negara sebagai persiapan untuk SEA Games 2017 di Kuala Lumpur.

Dengan berbaki dua bulan sahaja sebelum mewakili negara dalam SEA Games 2017 – Suhada terlibat dalam suatu kemalangan yang telah menyebabkan dua tulang di rahang beliau patah dan satu tulang di dagunya.

03

Kemalangan ngeri itu telah membuatkan Suhada terlantar di hospital selama tiga hari di China. Pada hari keempat, Kaunsel Sukan Negara telah membiayai penerbangan Suhada balik ke Malaysia untuk beliau menjalani pembedahan pembetulan rahang. Bagi memastikan rahangnya sembuh, Suhada terpaksa memakai braket besi di mukanya.

Dengan azam yang kuat untuk sembuh, Suhada telah menjalani rawatan fisioterapi setiap hari selama dua minggu. Kerana nekadnya yang membara, Suhada meneruskan latihan berbasikalnya selepas dua minggu. Sebulan setelah sembuh, Suhada telah mewakili Malaysia dan memenagi tempat pertama di Los Angeles di dalam acara berbasikal ‘World’s Police Cycling competition’. Beberapa bulan kemudian, beliau mewakili Malaysia di dalam SEA Games 2017.

04

Sukan berbasikal sentiasa menjadi minat Suhada. Suhada hanya berusia 16 tahun semasa kawannya meminjamkan basikalnya untuk Suhada menyertai acara amatur mountain bike dan road bike. Suhada nekad sejak itu – untuk membanggakan negara melalui sukan berbasikal dan menjadi inspirasi kepada wanita-wanita Malaysia untuk menceburi sukan berbasikal.

“Ayah saya pernah menasihati saya untuk tidak menceburi sukan berbasikal kerana ianya merupakan hobi yang mahal, namun jika kita benar-benar inginkan sesuatu, kita akan cari seribu satu cara untuk mendapatkanya”, kata Suhada.

Atas minat yang mendalam, Suhada bekerja keras untuk menjual buah-buahan di masa lapangnya untuk membeli basikal impiannya yang berharga RM3,800. Pada umur 16 tahun, harga tersebut merupakan sesuatu yang sangat mahal untuk minat baru beliau.

Suhada juga percaya bahawa lebih ramai wanita Malaysia harus menceburi sukan berbasikal untuk gaya hidup yang sihat. “Wanita harus mengetepikan stereotaip bahawa sukan berbasikal adalah tidak baik kerana mereka berisiko untuk menjadi gelap dan kulit mereka boleh rosak. Kebaikan dari segi kesihatan yang datang daripada sukan ini akan menjadikan mereka lebih sihat dan cantik” ulas Suhada.

05

Mengimbau kembali, Suhada bersyukur kerana sukan berbasikal telah memberi beliau peluang untuk mengharumkan nama negara di persada dunia. Suhada juga bersyukur kerana telah menemui Natura Shot, minuman tenaga yang beliau ambil setiap hari untuk memberikan tenaga dan endurans dalam sukan berbasikal, dan juga peluang untuk menjadi atlet Natura.

“Natura Shot telah memberi saya lebih enduran ketika saya berbasikal jarak jauh dan sumber tenaga tambahan ketika saya menyertai acara lumba basikal. Pada mulanya, saya tidak percaya bahawa Natura Shot boleh meningkatkan prestasi saya dalam sukan berbasikal kerana tidak banyak supplemen buatan Malaysia yang mampu memberikan kesan sebegitu hebat.

Selepas melihat peningkatan drastik dalam latihan saya – dan menjadi topik perbualan di antara atlet-atlet lain – saya mengambil keputusan untuk mengambil Natura Shot setiap secara konsisten”, kata Suhada dengan girang ketika ditanya bagaimana Natura Shot telah membantunya dalam sukan berbasikal.

06
Jika anda berminat untuk menyokong usaha Suhada untuk membanggakan Malaysia melalui sukan berbasikal, ikuti beliau di laman Instagramnya sini (untuk sertakan hyperlink ke laman Instagram Suhada). Jika anda juga berminat untuk mengambil tahu tentang Natura Shot dan kebaikannya dalam meningkatkan prestasi anda dalam sukan, ikuti sini (untuk sertakan hyperlink ke laman web Natura2u).

Polis Wanita Malaysia patah rahang ketika mewakili negara dalam acara lumba berbasikal – tetapi ini tidak mematahkan semangatnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *