Oleh Nazrin Redza

Saddam Pitli, 27, dan Ramzan Pitli, 25, sentiasa menganggap satu sama lain sebagai saingan mereka yang paling sengit.

01-BM

Saddam dan juga adiknya, Ramzan, membesar di dalam zaman kanak-kanak yang sangat mencabar di Teluk Intan, Perak. Selepas pemergian ibu tercinta 16 tahun lalu, mereka nekad dengan semangat membara untuk tidak menyerah kalah dan menjadi kuat demi keluarga tercinta.

Saddam yang terkenal selepas menjadi juara Spartan pertama Malaysia sering teringat akan sifat garangnya terhadap Ramzan ketika zaman kanak-kanak mereka. Sejak kecil, Saddam tekad menjadikan sukan sebagai matlamatnya untuk berjaya. Malah, beliau menganggap sukan sebagai alternatif kepada gejala tidak sihat dan sebagai satu peluang untuk berbakti kepada keluarganya. Walaupun begitu, Ramzan pula tidak mempunyai minat yang sama.

Saddam sentiasa teringat bagaimana dia sering memaksa Ramzan untuk mengikutnya menjalani latihan larian dan Ramzan akan sentiasa memberikan seribu satu alasan. “Ramzan sangat mudah menyerah kalah ketika kecil, namun begitu, dia merupakan adik saya yang paling saya sayangi di antara 10 adik-beradik lain. Saya tak boleh berhenti untuk menjadikan Ramzan sebagai seorang insan yang tidak mudah menyerah kalah.”

02-BM

Saddam sering berusaha untuk menjadi contoh yang baik kepada Ramzan melalui sifat tidak putus asanya. Beliau sering menyertai acara larian maraton yang dianjurkan di negeri lain dan akan mengambil bas ke tempat acara dan tidur di stesen bas kerana beliau tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyewa penginapan. Saddam tidak mahu menyusahkan bapanya kerana beliau tahu adik-adiknya yang lain lebih memerlukan wang untuk pembelajaran mereka.

Nekadnya yang tinggi untuk membanggakan keluarganya menjadi ‘x-factor’ untuk Saddam memenangi kebanyakan acara larian yang disertainya.

Secara beransur-ansur, Ramzan mula mengikuti langkah abangnya. Selepas melihat kejayaan Saddam, beliau mula mengikuti Saddam berlatih dan memasang impian untuk menjadi pelari yang lebih pantas berbanding Saddam. Pada umur 17 tahun, Saddam mendapat peluang untuk mendaftarkan dirinya ke dalam Angkatan Tentera Malaysia dan terpaksa meninggalkan Ramzan untuk berlatih bersendirian.

03-BM

Semangat cekal Ramzan membuahkan hasil apabila beliau dipilih untuk mewakili Perak di dalam acara sukan larian nasional pertamanya. Ketika itu, Ramzan sering sakit dan merasa gusar kerana akan bersaing dengan pelari-pelari yang jauh lebih berpengalaman. Saddam yang risau akan keadaan adiknya sering menghubungi Ramzan untuk memarahi beliau kerana sering berfikir untuk menarik diri. Demi Saddam, Ramzan meneruskan penyertaannya dan mendapat tempat ke-6. Itulah menjadi titik mula bagi Ramzan bergiat lebih aktif dalam sukan larian.

Ketika ditanya, Saddam sering bergurau tentang kehebatan adiknya di dalam sukan larian. “Setiap dua bulan sekali, kami sering mencabar satu sama lain dalam larian 15 – 20 km dan Ramzan akan sering menang. Ini tidak adil!” Walaupun begitu, Saddam tahu yang beliau berasa sangat bangga terhadap adiknya.

04-BM

Kini, Ramzan merupakan seorang atlet lumba lari yang disegani dan sering menjadi juara dalam banyak pertandingan larian. Dia menjadikan sukan larian sebagai karier beliau di samping perniagaan kulinarinya. Kejayaan terbarunya adalah ketika beliau menjadi juara untuk acara larian Gopeng Ultra 2018 bagi kategori Lelaki Terbuka 25 KM.

05-BM

Saddam pula memilih ‘obstacle challenge race’ sebagai sukan pilihannya. Ianya bermula apabila rakan-rakanya bergurau dan mencabarnya untuk menyertai acara ‘Spartan Beast 30 km Obstacle Challenge’ pada tahun 2016. Siapa akan menyangka bahawa gurauan itu akan menjadi batu loncatan untuk Saddam memenangi tempat pertama menewaskan atlet-atlet Spartan dari luar negara yang jauh lebih berpengalaman. Saddam kemudian terus membanggakan negara apabila berjaya mewakili Malaysia dalam acara-acara Spartan di pentas luar negara seperti Amerika Syarikat, Filipina, Singapura dan Australia.

06-BM

Ketika ditanya jika beliau bangga akan pencapaian Saddam, Ramzan berkata, “Sudah tentu! Saddam merupakan penyebab saya sering mencabar diri saya untuk menjadi lebih baik dalam sukan dan saya berasa sangat bangga melihat Saddam membanggakan Malaysia melalui pencapaiannya. Kami tujukan kejayaan kami ini kepada arwah bonda kami!”

Sehingga kini, Saddam dan Ramzan tidak pernah berhenti untuk mencabar satu sama lain. Mereka berharap bahawa kisah mereka yang menjadi juara dalam sukan pilihan akan menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menjalani gaya hidup yang sihat.

07-BM

Saddam dan Ramzan menganggap bahawa latihan yang intensif adalah kunci rahsia kejayaan. Oleh kerana prasarana ‘obstacle challenge’ yang kurang maju di dalam negara, Saddam lebih menggemari latihan konvensional yang beliau pelajari daripada tentera. Latihan harian beliau merangkumi 100 pull ups, 300 push-ups, 200 sit ups dan juga larian 10 – 20 km. Ramzan pula  berlari 10 – 15 km setiap hari dan menyertai acara larian pada hujung-hujung minggu sebagai latihan.

Ketika ditanya bagaimana produk Natura membantu mereka dalam latihan yang intensif dan acara-acara sukan, Saddam dan Ramzan berkata bahawa Natura Shot memberikan mereka tenaga bertambahan dan enduran untuk mereka untuk larian jarak jauh manakala Natura Boost dan Recharge membantu mereka untuk proses rehabilitasi. Mereka menambah, “Natura Shot telah menjadi supplemen harian yang wajib dan kami tak akan tinggalkan rumah tanpanya!”

08-BM

Jika anda berminat untuk menyokong usaha mereka untuk membanggakan Malaysia melalui sukan pillihan mereka, ikuti Saddam Pittli  dan Ramzan Pittli. Jika anda juga berminat untuk mengambil tahu tentang Natura Shot dan kebaikannya dalam meningkatkan prestasi anda dalam sukan, ikuti sini.

Persaingan sengit sejak kecil antara dua beradik ini membantu mereka menjadi juara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *