Azizul Azli, 40, atau lebih dikenali sebagai Bujoe di dalam arena berbasikal sering hidup dalam keadaan yang mencabar sejak dari kecil lagi.

Membesar di Bukit Besar, Terengganu, Bujoe yang hanya berusia 7 tahun serta lima adik-beradiknya menerima berita sedih tentang penceraian ibu bapa mereka. Perkara ini menyukar dan menyedihkan ibu Bujoe (usia 69 tahun sekarang), yang bekerja sebagai penenun songket dan hanya dapat membawa pulangan yang sedikit bagi membesarkan anak-anak yang masih kecil.

01-BM

Walaupun Bujoe membesar dalam suasana serba susah, minatnya yang mendalam terhadap basikal membuatkannya sering mencari cara untuk mendapatkan pendapatan melalui sukan berbasikal. Namun begitu, keluarganya sering menjadi mangsa tuduhan oleh penduduk kampung jika berlakunya kes kecurian basikal.

“Ya, saya dan adik-beradik sering dicop budak nakal kerana terlibat dalam lumba haram berbasikal sejak kecil tapi kami buat begitu untuk mengumpul duit bagi membantu Ibu. Ibu hanya mampu untuk memberi kami RM1 untuk duit sekolah setiap hari dan kami ingin mencari duit lebih untuk kurangkan bebanan keluarga. Ibu sentiasa berpesan kepada kami untuk jangan tinggal solat lima waktu dan jangan ambil hak orang lain”, tambah Bujoe.

Walaupun berdepan cabaran demi cabaran, ianya tidak pernah memadamkan semangat Bujoe untuk terus maju dalam sukan berbasikal. Adrenalin yang tinggi apabila berkayuh telah menjadi sebati dengan dirinya. Oleh kerana Bujoe tinggal jauh dari sekolah, berkayuh sejauh 30 km setiap hari pergi dan balik adalah perkara biasa bagi dirinya. Pada usia 13, Bujoe mula bekerja menjual air tebu di kedai berdekatan rumahnya untuk membantu keluarga.

02-BM

Selepas bertahun menabung, Bujoe berjaya membeli ‘road bike’ pertamanya dan juga diterima memasuki Sekolah Sukan Tunas Harapan. Hidup menjadi lebih senang dan keadaan berjalan lancar untuk Bujoe hinggakan pada suatu hari, Bujoe dan ahli pasukannya terlibat dalam kemalangan dengan lori pasir.

Kemalangan itu telah menyebabkan basikalnya rosak sehingga tidak dapat dibaiki dan yang lebih teruk, kaki kanannya tercedera sehingga meretakkan tulang di jari kakinya. Oleh kerana sifat tidak mudah berputus asanya dan iktibar beliau untuk membantu ibu tercinta, Bujoe kembali untuk meneruskan latihan tidak lama selepas kemalangan itu.

Bujoe sentiasa nekad untuk membuat yang terbaik dengan harapan menaikkan nama keluarga. Azam ini menjadi inspirasi untuk beliau mencapai pelbagai kejayaan dalam sukan berbasikal. Pada tahun 1996, Bujoe memenangi pingat emas apabila mewakili negeri Terengganu dalam kategori lumba berbasikal di SUKMA Pahang dan 2 tahun kemudian, Bujoe sekali lagi memenangi pingat emas di SUKMA Selangor. Tahun 1998 merupakan tahun yang paling gemilang untuk Bujoe kerana dipilih sebagai atlet sukan berbasikal negara dan juga dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Terengganu.

03-BM

04-BM

Selepas kejayaannya sebagai atlet sukan berbasikal negara, Bujoe meneruskan kerjaya sebagai sebagai jurulatih. Dari tahun 2006 hingga 2008, Bujoe telah dipilih sebagai pelatih bagi pasukan berbasikal Terengganu dan pada tahun 2014, beliau memulakan akademinya sendiri iaitu ‘Bujoe System Coaching Academy’. Sehingga kini, Bujoe telah membantu lebih dari 500 peserta daripada pelbagai peringkat. Setahun selepas itu, Bujoe telah dipilih untuk mewakili negara sebagai pelatih pasukan di dalam Asia Cycling Championship bagi kategori National Mountain Bike.

Bujoe berharap bahawa pengalamannya yang luas mampu menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menceburi sukan berbasikal dan secara tidak langsung membantu negara melahirkan lebih ramai atlet dan juara. Bujoe yang sekarang sering menyertai perlumbaan pada hari minggu, nekad untuk meneruskan legasinya untuk membanggakan keluarga dan negara.

05-BM

Sekali lagi Bujoe diuji apabila pada tahun 2016, apabila rumah keluarganya terbakar menyebabkan kesemua bahagian kecuali tapak letak kereta musnah dijilat api. Syukur, tiada ahli keluarganya yang tercedera namun barangan kelengkapan rumah termasuk segala pingat dan aksesori basikal turut musnah didalam kebakaran tersebut. Lebih menyedihkan, insiden itu telah menyebabkan mereka kehilangan tempat tinggal dan selama seminggu, Bujoe dan keluarganya terpaksa tidur di tapak letak kereta rumahnya.

Kisah malang ini telah diviralkan di media sosial dan pelbagai pihak dari komuniti sukan berbasikal membantu dengan mengumpul dana bagi meringankan beban Bujoe, termasuklah Kerajaan Negeri Terenganu yang menghulurkan bantuan untuk membina semula rumahnya tanpa sebarang kos atas dasar membalas jasa Bujoe dalam membangunkan sukan dan komuniti berbasikal untuk negeri Terengganu.

06-BM07-BM

Walaupun kerjayanya sebagai atlet lumba sukan berbasikal negara telah berakhir, Bujoe tidak pernah berhenti dari mengayuh basikal sejauh 100 km setiap hari, terutama sekali sebelum bertanding. Karakternya yang gila-gila sering mendorong untuk Bujoe mencuba melakukan sesuatu yang luar biasa dalam program latihannya.

08-BM


“Pernah sekali saya mengayuh basikal sejauh 560 km selama dua hari dari Desaru ke Terengganu. Saya juga pernah mengayuh basikal sebanyak 400 km dari Kuala Lumpur ke Terengganu. Memang kerja gila tapi kalau nak sentiasa berada di puncak, kenalah paksa diri untuk keluar daripada zon selesa kita”, ujar Bujoe dengan penuh bersemangat.

Apabila ditanya bagaimana produk-produk Natura dapat membantunya, Bujoe menjawab, “Pada mulanya saya memang skeptikal akan keberkesanan Natura, lebih-lebih lagi apabila dapat tahu yang ianya merupakan produk keluaran lokal. Tapi selepas mencuba Natura Shot semasa latihan, saya dapati ia membantu saya untuk fokus, kayuh lebih jauh dan mengurangkan penat – seperti satu sumber tenaga tambahan yang amat padu. Natura Boost yang sachet itu pula membantu proses pemulihan saya sehinggakan saya mengambilnya hampir setiap hari sekarang!” tambahnya dengan ketawa gembira.

09-BM

10-BM

Jika anda berminat untuk menyokong usaha Bujoe dalam membangunkan komuniti berbasikal negara, ikuti beliau di profil FB ‘Azizul Azli dan page FB ‘Bujoe System’ . Jika anda juga berminat untuk mengambil tahu tentang Natura Shot dan kebaikannya dalam meningkatkan prestasi anda dalam sukan, lawati www.natura2u.com.

Azam Anak Jati Terengganu Tercapai Menjadi Juara Dalam Sukan Berbasikal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *