Nysa Fadzly, 22 tahun, bukanlah seperti belia-belia lain. Pada usia yang muda, beliau merupakan seorang atlet yang disegani – dan pada masa yang sama, beliau juga sedang menyambung ijazahnya dalam bidang Sains Sukan di UiTM Shah Alam.

01-BM
Kesemuanya bermula sejak beliau mula berjinak dengan sukan seawal usia 14 tahun. Malangnya, tubuh Nysa yang jauh lebih kecil dari rakan-rakan lain memaksa beliau untuk mengetepikan impiannya untuk menjadi seorang pelari. Ketika itulah beliau terjumpa sukan yang sesuai untuknya, iaitu berbasikal. Dengan nekad yang kuat untuk membuktikan bahawa saiz kecilnya tidak akan lagi menjadi penghalang, beliau berlatih dalam sukan berbasikal tanpa henti, hari demi hari.

“Saya merupakan anak perempuan tunggal di antara empat adik-beradik. Pada mulanya, memang susah untuk meyakinkan ayah saya yang saya ingin menjadi atlet sukan berbasikal. Sukan berbasikal merupakan hobi yang mahal dan saya tidak mahu membebankan keluarga saya kerana kami bukanlah orang senang. Walaupun begitu, saya sentiasa percaya yang satu hari nanti sukan berbasikal akan menjadi sumber pendapatan untuk saya bantu keluarga saya. Jadi, pada usia 14 tahun, saya mengumpul duit dari bekerja sampingan dan berhutang dengan ahli keluarga untuk membeli road bike pertama saya,” kata Nysa.
 

02-BM

Rezeki pada asasnya murah bagi insan yang bekerja keras, tawakal dan percaya kepadaNya. Selepas beberapa bulan, Nysa mendapat berita yang menggembirakan. Aplikasi beliau ke dalam Persatuan Lumba Basikal Selangor dan juga Sekolah Sukan yang terkenal di Shah Alam berjaya. Beliau yang kini telah melanjutkan pelajaran ke menara gading sering mewakili UiTM Shah Alam di dalam Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) dalam kategori perlumbaan mountain bike.

03-BM
Apabila ditanya mengenai aspirasinya kini, Nysa girang menjawab yang beliau berharap untuk menjadi inspirasi kepada golongan belia Malaysia, terutama sekali kepada golongan belia yang masih melanjutkan pelajaran, untuk menceburi hobi yang positif tanpa mengabaikan pelajaran mereka.

Nysa sedar bahawa untuk berjaya dalam kedua-dua bidang bukanlah perkara yang mudah. Pernah sekali beliau menerima panggilan tanpa henti daripada pensyarahnya untuk mengingatkannya supaya menyerahkan kerja kursusnya, walaupun beliau sedang mewakili negara dalam pertandingan lumba road bike di Thailand.
 

04-BM


Sehingga kini, Nysa sering mewakili negara di dalam pertandingan lumba basikal buat kategori university di Thailand, Vietnam dan Indonesia. Yang menarik sekali, beliau juga berjaya untuk mengekalkan CGPA 3.07 dalam semester lepasnya. Kini, Nysa berazam untuk mencabar dirinya untuk menyertai pentandingan duathlon dan membuktikan persepsi yang salah untuk beliau tidak berjaya dalam sukan oleh kerana saiznya.

“Pernah sekali tu saya disoal oleh pengadil perlumbaan apabila saya sampai di acara perlumbaan pertandingan road bike di Thailand. Mereka menegaskan yang saya ni terlampau kecil untuk bertanding. Saya kemudian mengingatkan diri saya tentang tujuan utama saya bertanding iaitu untuk membanggakan negara dan keluarga saya. Ianya merupakan perasaan yang menakjubkan apabila saya berjaya mengatasi semua pencabar dan mecapai kejayaan dalam pertandingan tersebut”, Nysa tambah dengan semangat.
 

05-BM
Ketika ditanya bagaimana supplemen Natura telah membantunya dalam latihan dan pertandingan yang disertainya, Nysa berkata yang Natura Recharge merupakan supplemen kegemarannya kerana ianya membantu beliau untuk ‘recover’ lebih cepat daripada penat, lesu dan juga kejang otot. Natura Shot pula menjadi teman setia Nysa apabila berbasikal untuk jarak jauh.
 

06-BM
 

“Saya sering mengayuh basikal sejauh 30 – 50 km setiap hari dan menyertai pertandingan pada hujung minggu. Dulu, saya selalu penat dan tidak mempunyai tenaga untuk fokus dalam kuliah dan pelajaran saya. Sekarang, Natura Shot dan Natura Recharge banyak memberikan saya tenaga tambahan dan kebaikan untuk ‘recover’ dengan lebih cepat hinggakan membantu saya untuk terus cemerlang dalam kerjaya saya sebagai atlet lumba basikal dan sebagai seorang pelajar universiti”.
 

07-BM
 

Nysa menambah bahawa beliau pernah memberi suplemen Natura Plus satu ketika dulu pada jurulatihnya yang mengalami kanser hati tahap 4, dan beliau sendiri terkejut bagaimana supplemen Natura dapat memberikan tenaga tambahan buat jurulatihnya untuk menjalani sesi chemotherapy. Kini, Nysa berharap untuk mendidik orang ramai tentang kebaikan supplemen Natura dan mengajak mereka untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Jika anda berminat untuk menyokong usaha Nysa untuk menjadi inspirasi positif kepada belia Malaysia, ikuti beliau di profil FB Nysa Fadzly. Jika anda juga berminat untuk mengambil tahu tentang Natura Shot dan kebaikannya dalam meningkatkan prestasi anda dalam sukan, lawati www.natura2u.com.my.

Siswi UiTM cemerlang mengimbangi akademik sambil menempah nama di persada sukan berbasikal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *